Loading the player...


INFO:
MILA University, Nilai (sebelum ini dikenali sebagai Manipal University, Nilai) sedang membangunkan sebuah universiti dengan pelbagai kemudahan di tapak keluasan 150 ekar di Bandar Baru Nilai. Saya juga dimaklumkan kampus ini dapat menampung lebih 11 ribu pelajar antarbangsa dan tempatan. Kini pembangunan untuk fasa 1 telah dimulakan dan dijangka siap dalam 2 tahun. Pembangunan meliputi kesemua 150 ekar termasuk beberapa kawasan komersial bersebelahan kampus ini akan mengambil tempoh selama 10 tahun untuk disiapkan. Saya juga menekankan agar sebarang kerja-kerja pembangunan yang dilaksanakan tidak membawa sebarang masalah kepada pihak lain. Saya tidak membantah sebarang projek pembangunan di kawasan DUN Nilai, tetapi mesti pastikan ia tidak menimbulkan gangguan dan masalah lain kepada pihak lain.